Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Bagi memberkati majlis, marilah kita membaca ummul kitab al-Fatihah
Hadirin membaca fatihah bersama-sama.
Selawat dan salam keatas junjungan nabi, sahabat.
Ucapan aluan
Yang dihormati Yang Di Pertua PIBG
Yang dihormati Tuan Guru Besar
Yang diraikan Ustaz ………………
Para ibu bapa, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekelian.
Saya sebagai Pengerusi Majlis pada malam ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa,guru-guru serta murid-murid, yang sudi hadir pada malam ini.
Kita bersyukur pada malam ini, pihak sekolah telah menjemput seorang tetamu yang amat dikenali iaitu al-Fadhil Ustaz …….. untuk memberikan panduan dan nasihat kepada kita semua, khasnya kepada murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan upsr beberapa hari sahaja lagi.
Sidang hadirin sekelian, di dalam sebuah hadis, riwayat Imam Termizi, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Yang bermaksud: “ Barangsiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, sama seperti orang yang berjuang di jalan Allah sehingga mereka kembali semula ke rumah mereka”.
Sidang hadirin sekelian.
Ini adalah kelebihan orang-orang yang menuntut ilmu kerana tanpa ilmu khasnya ilmu agama, kita akan berhadapan dengan bermacam-macam masalah.
Untuk tidak melengah-lengahkan masa, sekarang, majlis menjemput Ustaz ……………, untuk menyampaikan ceramahnya. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Penutup majlis
Terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz ……….. di atas panduan, nasihat serta teguran itu tadi.
(Ambil satu dua isi penting dan tekankan/ulas)
Saya bagi pihak majlis sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz …… serta para hadirin sekelian.
Marilah kita sama-sama menutup majlis kita ini dengan tasbih kaffarah dan surah al-asri.
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
1 comment:
sangat bagus^^,, walaupun ringkas tetapi bernas, padat, dan sempurna. senang untuk di hafal, mudah untuk bertutur dan sedap telinga mendengar.
Post a Comment