Thursday, May 28, 2009

Penempatan Semula/ Perubahan Tempat Bertugas Guru Pendidikan Islam Program j-QAF


InsyaAllah, kalau anda penuhi syarat-syarat pertukaran,anda akan dapat ditukarkan..
sekurang-kurangnya 3 tahun mengajar dan mempunyai rekod baik.

-hantar surat sokongan sekolah tersebut kepada bahagian pengurusan sekolah harian,KPM
ini alamat dia ,
bahagian pertukaran guru
bahagian pengurusan sekolah harian
Aras 3 & 4, Blok E2,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan,
62604 Putrajaya

Merujuk kepada surat KPM ruj. KP(JAPIM)5206/2/2/15 Jld.8 ( 109 ) bertarikh 14 Januari 2009 guru j-QAF yang berkelayakan boleh memohon pertukaran secara online. Permohonan online HANYA untuk pertukaran antara negeri sahaja. Pertukaran dalam negeri dipohon dengan mengisi borang secara manual. Semua permohonan (bukan secara online) mestilah dikepilkan dengan perkara berikut:


  1. Borang Pertukaran Dalam atau Luar Negeri (melalui Guru Besar)

  2. Surat rasmi pertukaran Suka Sama Suka (SSS) dengan memasukkan butiran Pemohon dan Pasangan (SSS) seperti berikut:
    2.1 Nama dan KP 2.2 Opsyen
    2.3 Tahun Ambilan
    2.4 Kod Sekolah , Sekolah dan Alamat lengkap (sekolah asal)
    2.5 Kod Sekolah , Sekolah dan Alamat lengkap (sekolah dipohon)
    2.6 No Tel yang boleh dihubungi

  3. Surat Kebenaran suami (jika berkenaan)

  4. Surat Perlantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41.

  5. Surat sokongan (jika ada) - con. Surat Hospital Pakar, Laporan polis dll.

Download Borang: 1) Borang pertukaran http://www.savefile.com/projects/808652574


No comments: