Thursday, November 27, 2008

Kisah Nabi Salleh A.S dan Kaum Thamud

Tajuk: Kisah Nabi Salleh A.S
Nabi: Salleh A.S
Kaum: Thamud
Tempat:Madyan

Kata Kunci
Tinggal di lereng bukit
menebuk gunung-gunung
melupakan ajaran
sembah berhala

inni lakum rasulun amin. fattakullaha waatiun
(sesungguhnya aku adalah rasul yang di amanahkan (yang diutus oleh Allah) kepada kamu)
Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku
Cabar Nabi Salleh
ma anta illa basyarun misluna Suarak 54
engkau hanyalah seorang manusia seperti kami olehitu bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang yang benar.
Nabi Salleh ingatkan kepada kaumnya azab Allah pada kaum sebelum Nabi Nuh dan Nabi Hud
Nabi Salleh tanya apa mukjizat yang dikehendaki?
Kaumnya suruh keluarkan unta dari bukit
nabi Salleh berdoa
Jibril menyampaikan pesanan:
Jangan bunuh, boleh minum susu
Setelah nabi Salleh berdoa keluarlah unta dari bukit
Pesanan nabi supaya bergilir minum air telaga
Kaumnya patuhi perintah dan larangan untuk beberpa ketika
Bercadang untuk membunuh unta
Bunuh unta semasa dia sedang minum
Hadiahkan kepada pembunuh unta seorang wanita cantik
Unta tidak kelihatan
Baginda sedih
Berjumpa kaumnya yang bergembira kerana kematian unta
Kaumnya persoalkan seksa tuhanmu
Tempoh 3 hari, minta ampun dan bertaubat
Kaum Thamud
Cukup 3 hari seksa Allah datang
Angin taufan, harta benda, ternakan, gunung -ganang hancur
Kaum Thamud mati
Kecuali nabi Salleh A.S dan pengikutnya.

Saturday, November 08, 2008

Public Speaking

1. preparation
2. entrance
3. planting your feet

Way to create value

1. commitment
2. responsibility
3. authenticity
4. contribution-service
5. participation (100%)
be present
show up
risk,stretch, go for it

Thursday, November 06, 2008

Anggota Wuduk













Anggota wuduk

Doa Hari Penyampaian Sijil Prasekolah


Doa Hari Penyampaian Sijil Pendidikan Prasekolah 2008

Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekian alam. Selawat dan salam keatas semulia-mulia para nabi dan rasul Saidina Muhammad (saw) dan ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

Ya Hakim Ya Aziz
Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa ibu bapa kami, dosa-dosa muslimin dan muslimat. Ya Allah Kasihanilah dan sayangilah kedua ibubapa kami sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kecil dan teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul keranaMu Ya Allah, kami berkumpul untuk mengisi keredhaanmu dalam seluruh hidup kami. Ya Allah ampunkanlah dosa kami demi kesejahteraan agama di dunia dan di akhirat.

Ya Allah Ya Aziz AI Jalil
Sesungguhnya kami pada pagi ini ingin merafakkan kesyukuran dan pujian terhadapmu yang tidak ternilai, yang mana pada hari ini kami meraikan pelajar-pelajar prasekolah semoga mereka menjadi insan yang beramanah dan bertanggungjawab yang akan membawa kejayaan kepada keluarga, bangsa, agama dan negara.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal Alamin
Ya Allah kurniakanlah kami keselamatan daripada segala mara bahaya dan petaka. Sihatkanlah tubuh badan kami, sihatkanlah pendengaran dan penglihatan kami, dan indahkanlah dengan kesihatan. Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah lembut dan muliakanlah kami dengan ketakwaan dan keimanan. Ya Allah sucikanlah hati kami daripada nifaq, pekerjaan kami dari sifat riyak, lidah kami daripada berkata bohong dan mata kami daripada berlaku khianat dan apa yang disembunyikan.

Ya Allah Ya Karim
Ya Allah satukanlah hati kami, curahkanlah cinta dan kasih sayang serta eratkanlah silaturahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memajukan sekolah kami secara bersama supaya menjadi satu sekolah yang kuat dan disegani. Ya Allah hubungkanlah kami dengan jiran kami supaya menjadi mukmin yang sejati.

Ya Hayyum Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram
Ya Allah kumiakanlah kami keselamatan dan kesejahteraan, hindarkanlah pada perkara yang kami tidak sanggup hadapi. Jauhkanlah kami daripada perkara yang terlarang dan jadikanlah kami bersikap redha dengan apa jua yang engkau berikan. Jauhkanlah diri kami daripada terlalu banyak tertawa kerana berlebihan tertawa akan mematikan hati kami.

Ya Hakim Ya Halim
Ya Allah jadikanlah kami orang yang kuat bekerja dan bertanggungjawab dengan apa yang dipertanggungjawabkan kepada kami. Kurniakanlah rahmat disisiMu dan berkatilah usaha kami. Berikanlah kemudahan serta kepimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.